Honor Magic V Purse Diperlihatkan Dengan Rekaan Seakan Beg Tangan

TechnologyDigital
1 Sep 2023 • 5:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bertempat di Berlin, Honor mengambil pentas utama IFA 2023 dengan memperlihatkan peranti konsep skrin boleh lipat seakan beg tangan, dinamakan sebagai Magic V Purse. Di sini Honor bekerjasama dengan TIME dalam untuk memperkenalkan konsep masa depan ciptaan telefon pintar hasil gabungan teknologi dan fesyen.

image is not available

Melihat secara umum ia menampilkan rekaan seumpama peranti skrin boleh lipat Huawei Mate XS 2 sebelum ini.a menggunakan skrin yang boleh dilipat keluar bersama bahagian sisi tebal yang boleh dijadilan pemegang apabila peranti dalam posisi terbuka.

image is not available

image is not available

Ini dipadankan pula dengan tali yang boleh ditukar ganti termasuklah sejenis rantai, yang kemudiannya boleh dipasang pada engsel telefon pintar ini untuk dijadikan sebagai beg tangan yang boleh disandang pada bahu. Peranti juga dikatakan mempunyai diameter lebih kurang 9mm yang dikatakan lebih nipis berbanding pesaing setara.

image is not available

image is not available

Turut disertakan adalah sokongan Always On Display pada skrin utama yang turut boleh diubah suai. Melihat video pendek yang dikongsi, konsep AOD ini boleh memaparkan beberapa butiran berguna seperti jam, notifikasi pemberitahuan, kamera dan sebagainya. Butiran lebih mendalam mengenai perkakasan dalaman tidak pula dikongsikan buat masa ini memandang ia hanya diperingkat peranti konsep semata.