Honor Magic V2 5G Ke Pasaran Malaysia Pada 16 Januari 2024

TechnologyDigital
8 Jan 2024 • 11:46 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Teka-teki tarikh pelancaran Honor Magic V2 5G di Malaysia akhirnya terjawab apabila diumum berlangsung pada 16 Januari 2024. Peranti yang sedia diacah sejak Disember lalu akan muncul secara rasmi tidak lama lagi.

image is not available

Honor menerusi satu kenyataan berkata ia dipasarkan sebagai telefon lipat paling nipis yang hanya setebal 4.7mm dan dalam kedudukan tertutup pula kira-kira 9.9mm. Pada masa sama peranti juga dimuatkan inovasi serba canggih yang termasuk engsel titanium ringan, bateri karbon dibangunkan sendiri, sistem penyejukan VC bionik ultranipis dan ruang antenna lebih kecil.

image is not available

Butiran mengenai spesifikasi masih belum didedahkan namun kami pernah menerbitkan artikel pandang pertama yang boleh memberi gambaran awal mengenainya.