Honor Magic V2s diumum di China, Snapdragon 8+ Gen 1 dan kamera sedikit rendah spesifikasi

Digital
13 Oct 2023 • 4:36 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Honor di China telah mengumumkan telefon boleh lipat baharu iaitu Honor Magic V2s. Ia adalah versi "Lite" kepada Magic V2 yang telah mereka lancarkan dalam bulan Julai 2023 tempoh hari. Oleh sebab itu, daripada segi spesifikasi, banyak persamaan antara Magic V2s dengan Magic V2.

image is not available

Spesifikasi Honor Magic V2s

Honor Magic V2s menggunakan engsel yang sama dengan Magic V2. Salah satu keunikan yang ditampilkan berbanding generasi sebelum ini adalah ia direka tanpa sebaran gear dan menggunakan materi titanium. Ketahanannya diuji sebanyak 400 ribu lipatan.

image is not available

Telefon ini mempunyai paparan luaran sebesar 6.3" (2376×1060) dan paparan dalaman 7.92" (2344×2156). Kedua-duanya menggunakan panel OLED dengan cakupan gamut warna DCI-P3 sepenuhnya. Skrin ini turut digunakan pada Magic V2.

image is not available

Beralih kepada papan utama, Honor Magic V2s diperkasa cip Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1. Ia tidak pula mewarisi Snapdragon 8 Gen 2 daripada Magic V2. Cip ini digandingkan dengan kombinasi RAM dan storan sama ada 12GB+256GB ataupun 16GB+512GB.

image is not available

Untuk mengambil gambar, Magic V2s ada sistem trikamera belakang dan dua kamera selfie. Bermula dengan kamera belakang, ia ada kamera utama 50MP, kamera telefoto 20MP, dan kamera ultralebar 12MP. Dua kamera selfie yang dimilikinya mempunyai sensor 16MP, satu di bahagian skrin luar dan satu lagi skrin dalam.

image is not available

Memberi tenaga kepada Honor Magic V2 adalah sistem bateri berkapasiti 5,000mAh yang diisi menggunakan blok 66W.

image is not available

Honor Magic V2s di China dijual pada harga seperti berikut:

  • RAM 16GB + storan 512GB – RMB7,699 (RM4,985)
  • RAM 12GB + storan 256GB – RMB6,999 (RM4,532)

image is not available

Sebagai perbandingan, Honor Magic Vs yang sedia ada di Malaysia dilancarkan pada harga RM5,999 dan hanya satu varian ditawarkan iaitu RAM 12GB dan storan 512GB.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.