Selamat datang ke era baharu dengan HONOR Magic V3! Sebuah telefon skrin boleh-lipat yang bukan sahaja nipis malahan ringan sehingga memecah rekod sendiri sebagai pengganti buat Magic V2. Ia juga menawarkan kelebihan lain dengan tubuh berkualiti tinggi yang diyakini mempengaruhi pengalaman keseluruhan peranti. Selain itu mempunyai teknologi yang juga mampu mengubah cara kita berinteraksi dengan dunia sekeliling. Tetapi bagaimana cara sebenarnya? Kalau anda serius ingin tahu maka teruskan membaca artikel sehingga ke penghujung.

AI Magic Portal Circle to Do More
Salah satu tarikan utama pada Magic V3 yang perlu diketahui adalah rangkaian fungsi berasaskan AI yang bukan sahaja boleh menjimatkan masa. Malahan digunakan sebaiknya untuk memanfaatkan sepenuhnya kebolehan telefon ini. Seperti saya sendiri semestinya terdapat juga pembaca yang jenis terpaling multi-tugas apabila menggunakan telefon pintar. Betul? Manakan tidaknya boleh dikatakan hampir setiap waktu ada sahaja perkara yang mahu dikongsikan dengan orang sekeliling.


Disinilah AI Magic Portal Circle to Do More boleh bantu kelompok pengguna seperti kita. Hal ini disebabkan kerana ciri ini boleh mengubah cara kita bekerja menjadi lebih cepat dan efisien. Dengan satu gerak isyarat mudah, sistem AI akan mengenal pasti teks serta imej untuk digunakan dalam pelbagai perkara, sama ada mencari, berkongsi atau membeli barangan dengan mudah tanpa perlu bertukar diantara aplikasi.

Contoh mudah yang boleh diambil sewaktu anda mahu mencari sesuatu lokasi. Ciri ini boleh mengesan alamat dalam bentuk teks yang telah ditanda lalu membawa terus ke maklumat tersebut pada aplikasi Google Maps. Penggunaannya juga mudah dengan hanya perlu diseret dan dilepaskan pada aplikasi pilihan. Untuk media sosial pula ciri ini boleh mengenali setiap item yang dipilih pada skrin dan bantu mencarinya melalui pelbagai platform beli belah dalam talian. Menarik sekali bukan? Ia juga dihasilkan dengan kerjasama Google Cloud yang memastikan sistem AI digunakan adalah terkini.
AI Face to Face Translation


Dengan HONOR Magic V3 juga kini anda boleh berbual dalam pelbagai jenis bahasa dengan fungsi AI Face to Face Translation. Menarik sekali apabila ia menyokong Bahasa Melayu yang dianggap satu kelebihan untuk pengguna di pasaran Malaysia. Keadaan ini secara tidak langsung memudahkan lagi urusan harian saya untuk berborak dengan orang dari pelbagai latar belakang. Tambahan pula saya merupakan insan yang sepenuhnya menggunakan Bahasa Melayu apabila berborak dengan orang sekeliling. Ia sememangnya amat menyenangkan urusan seharian.

Seperti yang anda boleh lihat adalah perbualan saya bersama seorang wanita sewaktu sesi jemputan media tertutup untuk siri Magic V3 tempoh hari. Saya bertanyakan soalan dalam Bahasa Melayu dan wanita berkenaan menjawab pula dalam bahasa berlainan. Turut boleh dilihat melalui beberapa gambar dilampirkan bagaimana AI Face to Face Translation mampu menterjemah setiap butir perkataan yang disebutkan satu-per-satu secara masa nyata.
AI HONOR Notes

Anda juga sebenarnya boleh menjadi seorang pekerja yang paling produktif dan efisien dalam sesi mesyuarat dengan HONOR Magic V3. Sekarang anda tidak perlu bersusah-susah untuk mencatit setiap minit mesyuarat secara manual menggunakan pen dan kertas. Sebaliknya serahkan sahaja pada ciri AI HONOR Notes pada Magic V3 untuk merakam suara secara masa nyata. Kemudian sistem AI terbina akan mengenal pasti setiap butir perkataan disebut dan mengubahnya ke dalam bentuk teks bertulis yang memudahkan lagi pemahaman. Perlu dinyatakan bahawa AI HONOR Notes turut dilengkapi dengan keupayaan penterjemahan yang dikuasakan oleh Google Cloud.
AI Eraser

Perlu diakui bahawa saya juga tertarik dengan ciri AI Eraser pada HONOR Magic V3. Saya yakin bahawa setiap orang mempunyai kenangan yang manis dan ada masanya hanya berlaku sekali sahaja seumur hidup. Apabila ada benda atau orang yang mengacau gambar pasti menimbulkan rasa geram bukan? Disinilah AI Eraser boleh bantu membuang benda yang tidak diingini tadi daripada gambar dengan mudah. Sama ada orang di latar belakang atau objek yang mengganggu, AI Eraser boleh reka semula sebaiknya untuk hasil lebih menarik. Ia juga mudah digunakan dengan hanya perlu menandakan bahagian yang ingin dipadam dan sistem AI Eraser akan membuangnya secara automatik.


Ciri-Ciri Inovatif Lain

Apakah itu sahaja yang ada dengan HONOR Magic 3? Semestinya TIDAK! Sebab anda turut boleh menjadi lebih produktif apabila memiliki telefon pintar ni. Misalnya seperti anda boleh memanfaatkan fungsi multi-tugas dengan Split Screen untuk menjalankan dua aplikasi serentak. Kiranya anda boleh menonton video sambil membalas email atau membuat nota.

Dengan Hover Mode membolehkan anda melipat telefon ini kemudian meletakkannya di atas meja untuk kegunaan hiburan serta aplikasi kamera. Menggunakan App Extender pula membolehkan anda mengakses ciri-ciri tambahan dalam sesuatu aplikasi tanpa perlu keluar daripada skrin utama aplikasi tersebut. Parallel Space membenarkan pengguna mencipta ruang berasingan untuk tujuan kerja dan peribadi. Bermakna anda boleh mempunyai dua ruang yang berbeza pada satu peranti seolah-olah menggunakan dua telefon dalam satu.

Tidak ketinggalan ciri Compare Photo menyediakan kebolehan membanding gambar yang diambil dengan pelbagai mod kamera atau tetapan yang berbeza. Akhir sekali terdapat juga 3D Wallpaper comel yang boleh menjadikan skrin telefon anda lebih unik. Menariknya lagi apabila ia turut boleh disesuaikan ikut cita rasa pengguna sendiri.
Dapatkan Di Pasaran Sekarang!

Dengan HONOR Magic V3 kini anda boleh memiliki sebuah telefon dengan skrin boleh lipat yang bukan sahaja premium untuk kualiti binaan malahan canggih dari aspek perkakasan dalaman. Kesemua ciri AI yang disebutkan tadi juga direka dengan sebaiknya untuk memudahkan kehidupan seharian kita semua. Tunggu apa lagi, jom ramai-ramai dapatkan HONOR Magic V3 di pasaran sekarang dengan harga RM6,999! Layari juga laman web rasmi HONOR Malaysia untuk ketahui lebih banyak tentang produk dan promosi menarik dari mereka.
Penafian: Advertorial daripada HONOR Malaysia

