HONOR Magic V6: Telefon lipat yang “faham” ekosistem Apple!

TechnologyDigital
29 Jun 2026 • 1:47 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

HONOR Magic V6: Telefon lipat yang “faham” ekosistem Apple!

Anda pengguna iPhone atau Mac tapi teringin sangat nak rasa pakai telefon Android jenis boleh lipat? Tapi itulah, bila dah masuk ekosistem Apple, memang rasa ralat dan susah sangat nak keluar sebab semua benda dah bersambung.

Jangan pening kepala lagi, sebab dalam video kali ni kita nak sembang pasal HONOR Magic V6. HONOR mendakwa ini ialah peranti flagship Android pertama di dunia yang dibina untuk melengkapi dan berfungsi secara terus dalam ekosistem Apple.

Kalau nak tahu bagaimana HONOR Magic V6 boleh buka fail iCloud, bersambung dengan AirPods, dan melengkapi ekosistem Apple anda, jom tonton video ini sehingga habis.

HONOR Magic V6 ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu merah, emas, putih dan hitam. Untuk pasaran Malaysia, peranti ini dijual pada harga RM7,699 bagi varian 512GB, manakala varian 1TB pula berharga RM8,899.

Anda boleh beli HONOR Magic V6 di Lazada dan Shopee.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved