Honor Magic5 Pro Coral Purple Akan Tersedia Di Malaysia Bemula 25 Ogos 2023

TechnologyDigital
22 Aug 2023 • 3:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor Magic5 Pro telah dilancarkan di Malaysia pada April lalu dengan spesifikasi kelas mercu. Ini termasuklah penggunaan cip Snapdragon 8 Gen 2 sebagai tunjang utama, yang turut memfokuskan terhadap sistem kamera dan bateri lebih baik.

image is not available

Terbaharu peranti tersebut telah diberi kemaskini warna baharu Coral Purple yang dilihat mampu memberi kesan keanggunan dan elegan yang sering dikaitkan dengan gaya feminin. Anda yang berminat boleh mendapatkannya pada harga RM3,999 bermula 25 Ogos akan datang menerusi pengedar sah Honor di seluruh Malaysia.

Pengenalannya juga adalah bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan yang bakal tiba tidak lama lagi, yang dalam masa sama Honor turut menganjurkan kempen cabutan bertuah dengan sejumlah hadiah lumayan ditawarkan. Seterusnya tiada perubahan dibuat untuk perkakasan dalaman yang bermakna masih sama seperti variasi sedia ada.