Honor Magic5 Pro Dan Magic Vs Akan Menerima Kemaskini Tiga Versi Android

TechnologyDigital
8 Mar 2023 • 11:51 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Honor akhirnya mengesahkan dua peranti mercu terkini mereka Magic5 Pro dan Magic Vs akan menerima sokongan kemas kini tiga versi Android serta sokongan tampalan sekuriti selama lima tahun. Ini adalah kali pertama peranti keluaran Honor menerima sokongan perisian sehingga separuh dekad.

image is not available

Kedua-dua peranti ini baru sahaja dilancarkan ke pasaran global di MWC 2023 akhir bulan lalu. Tarikh pelancaran peranti ini di Malaysia masih belum diketahui tetapi pastinya semakin hampir. Magic5 Pro ialah peranti mercu dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan sistem tri-kamera 50MP yang mampu melakukan zum sehingga 100X.

Sementara itu Magic Vs pula adalah peranti skrin boleh lipat mercu dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 dan engsel yang mampu mengurangkan kesan lipatan. Tidak seperti siri Z Fold, Magic Vs mempunyai skrin hadapan yang bernisbah lebih normal bagi memudahkan ia digunakan sebelah tangan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved