Biarpun mungkin masih berstatus rahsia untuk tarikh pelancaran namun butiran mengenai Honor Magic6 telah mula diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Sehubungan itu berbagai-bagai andaian telah dikemukan mengenainya termasuk spesifikasi kamera dengan fokus pada sensor periskop.

Menurut Digital Chat Station Honor kelak akan menggunakan sensor telefoto periskop 160MP dan bukannya 200MP seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. Perkara ini sekaligus mampu menjadi pemangkin kepada perkembangan indusrtri fotografi mudah alih menerusi sokongan sensor periskop beresolusi tinggi tersebut.

Selain itu sensor utama peranti pula boleh berasaskan OmniVision OV50K bersama teknologi Lateral Overflow Integration Capacitor (LOFIC) yang didakwa mampu meningkatkan keupayaan pengimejan lebih baik. Sensor itu sendiri juga akan mempunyai saiz 1/1.3″ lebih besar yang sepatutnya mampu meningkatkan sensitiviti terhadap cahaya untuk prestasi fotogradi lebih baik.
Digital Chat Station turut menekankan bahawa peranti juga akan menerima peningkatan yang ketara secara keseluruhan. Ini adalah selari dengan pendedahan Zhao Ming iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Honor sebelum ini mengenai perancangan untuk memperkenalkan teknologi yang belum tersedia dalam industri pada peranti mercu tersebut.
- Info
- Sumber – GSMArena
