Honor Magic6 Pro Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM4,499

TechnologyDigital
20 Mar 2024 • 3:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor Magic6 Pro diperkenalkan secara rasmi di Malaysia pada hari ini. Peranti dilengkapi spesifikasi kelas mercu yang juga sarat dengan inovasi lebih luas berbanding generasi sebelum. Sekaligus dapat membantu Honor mengukuhkan lagi pemasaran produk di pasaran ini.

image is not available

Berkongsi lanjut, peranti menggunakan skrin melengkung LTPO OLED 6.8-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Pada masa sama, skrin juga menawarkan ciri tambahan lain seperti sokongan kecerahan puncak mencapai 5,000 nits, Dolby Vision, HDR10+ dan PWM Dimming 4,350Hz.

image is not available

Cip Snapdragon 8 Gen 3 digunakan dengan memori 12GB RAM LPDDR5X dan storan 512GB UFS 4.0 untuk tunjang utama. Diikuti juga pelancar baharu MagicOS 8.0 berasaskan Android 14 dengan model AI untuk sebilangan fungsi baharu.

image is not available

image is not available

Antaranya seperti Magic Portal yang membolehkan pengguna menukar dan mengakses perkhidmatan antara aplikasi dengan hanya drag dan drop. Seterusnya ialah Magic Capsule yang berfungsi seperti Dynamic Island untuk pemberitahuan asas seperti kiraan jam randik dan main baik video.

image is not available

Tetapan kamera pula terdiri dengan 50MP OIS + 50MP (sudut ultra-lebar) + 180MP (periskop telefoto) dengan kemampuan zum optikal 2.5X dan digital 100X. Sementara itu, kamera swafoto pula sebesar 50MP yang juga menyertakan sensor kedalaman 3D ToF.

image is not available

Bateri 5,600mAh disertakan pula menyokong pengecasan pantas berwayar 80W dan nirwayar 66W. Ia juga sejenis karbon silikon generasi kedua yang dibangunkan oleh Honor dan dinaiktaraf dengan lebih baik. Lain-lain spesifikasi termasuk pembesar suara stereo, kalis air IP68 dan pemancar infra merah.

image is not available

image is not available

Bagi yang berminat, Honor Magic6 Pro dijual dengan harga RM4,499 di Malaysia. Pratempahan dibuka sekarang dengan hadiah bernilai RM1,960 yang termasuk Honor Watch 4 melalui pengedar sah Honor di seluruh Malaysia.