Honor MagicPad 3 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 20 Ogos 2025

LocalTechnology
12 Aug 2025 • 12:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor kini dalam persediaan untuk melancarkan tablet terbaharunya Honor MagicPad 3 ke pasaran Malaysia. Peranti ini dijangka menjadi pilihan menarik bagi pengguna yang mementingkan prestasi dan produktiviti khususnya selepas kejayaan model MagicPad 2 yang diperkenalkan tahun lalu.

image is not available

Pelancaran rasmi MagicPad 3 dijadualkan berlangsung pada 20 Ogos 2025. Honor turut mula mengacah kehadiran tablet ini dengan penekanan terhadap keupayaan prestasi yang tinggi, sesuai untuk pelbagai kegunaan sama ada untuk tugasan kerja mahupun hiburan harian.

Walaupun spesifikasi penuh masih belum diumumkan secara rasmi, versi yang telah dilancarkan sebelum ini memberi gambaran awal bahawa tablet ini mungkin dilengkapi dengan cip Snapdragon 8 Gen 3. Ia juga menyokong penggunaan stylus untuk meningkatkan produktiviti serta hadir dengan skrin bersaiz besar 13.3″ sesuai untuk tugasan kreatif dan tontonan multimedia.

image is not available

Dengan gabungan teknologi terkini dan reka bentuk premium, MagicPad 3 berpotensi menjadi antara tablet mercu yang menarik pada tahun ini.

View Original Article