Honor Malaysia Akan Melancarkan Lima Produk Baharu Termasuk MagicBook X14 (2025)

TechnologyDigital
25 Mar 2025 • 2:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor akan melancarkan lima produk baharu di Malaysia pada 10 April 2025. Produk-produk tersebut termasuk Honor Pad X9a, Pad V9, MagicBook X14 2025, Watch 5, dan Earbuds Open.

image is not available

Tablet Pad X9a dan Pad V9 direka untuk memenuhi keperluan hiburan dan produktiviti pengguna, manakala MagicBook X14 sesuai untuk golongan pelajar dan profesional yang memerlukan sebuah komputer riba berkuasa.

image is not available

Spesifikasi penuh untuk Honor Pad X9a telah disenaraikan di laman web rasmi. Tablet ini dilengkapi skrin LCD 11.5 inci beresolusi 2.5K dengan kadar segar semula 120Hz. Ia dikuasai dengan cip Snapdragon 685, memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB, dan bateri 8,300mAh dengan pengecasan pantas 35W. Tablet ini juga menyokong aksesori seperti stylus dan papan kekunci bluetooth menjadikannya pilihan menarik untuk tujuan produktiviti.

image is not available
Honor Watch 5

Honor Watch 5 dan Honor Earbuds Open juga akan dilancarkan. Kedua-dua produk ini telah diumumkan sebelum ini dengan harga RM599, dan pelancaran semula ini mungkin bertujuan untuk melengkapkan ekosistem peranti Honor.

Kesemua produk ini akan diumumkan secara rasmi pada 10 April 2025, dan maklumat lanjut seperti spesifikasi penuh serta harga akan dikongsi selepas pelancaran rasmi.