Honor Membangunkan Ciri AI Generatif Tersendiri Dengan Bantuan Google Cloud

TechnologyDigital
27 Aug 2024 • 12:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor benar-benar menjadi semakin maju dengan pelbagai inovasi dan produk menarik selepas berpisah dengan Huawei. Peranti terbaru mereka Honor Magic V3 yang akan menjadi telefon lipat paling nipis dalam sejarah disahkan akan tiba ke pasaran global tidak lama lagi. Peranti ini akan dilengkapi dengan ciri AI generatif tersendiri yang dibangunkan dengan bantuan Google Cloud.

Setakat ini, peranti mercu Honor masih tidak mempunyai ciri AI generatif yang setanding dengan pesaing seperti Gemini pada Pixel dan Galaxy AI pada Samsung. Ciri pemadam ajaib yang disertakan baru-baru ini adalah untuk siri Honor 200. Antara ciri yang akan tiba pada Honor Magic V3 adalah Magic Portal untuk ciri pemindahan fail melalui drag & drop dari satu aplikasi ke aplikasi lain. Kemudian adalah Face to Face Translation seakan Intepreter oleh Samsung, Honor Notes pula adalah ciri rakaman audio dengan transkrip rumusan dijana AI, ciri notifikasi pintar dan penjagaan mata dengan AI turut kelihatan.

Honor AI akan menjadi ciri utama pada Magic V3 tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut di IFA 2024 yang akan berlangsung di Berlin.