Jika anda mencari tablet yang berkualiti pada harga mampu milik, HONOR Pad 10 mungkin pilihan yang tepat. HONOR telah membuktikan keunggulannya sebagai antara jenama tablet terlaris di Malaysia selama 12 bulan berturut-turut. Kejayaan ini menunjukkan bahawa HONOR bukan sahaja menghasilkan telefon pintar yang hebat tetapi juga menawarkan tablet yang berkualiti tinggi.
HONOR Pad 10 menawarkan keseimbangan sempurna antara kerja dan hiburan, dengan kualiti skrin yang baik serta pelbagai ciri AI yang dapat meningkatkan produktiviti pengguna sama ada golongan pekerja atau pelajar. Artikel ini akan mengupas dengan lebih lanjut beberapa ciri menarik yang menjadikan HONOR Pad 10 pilihan yang berbaloi.
Skrin Hebat Dengan Warna Menyerlah
Salah satu aspek terpenting dalam penggunaan tablet ialah kualiti skrin. HONOR Pad 10 menyerlah dengan skrin besar 12.1-inci TFT LCD beresolusi 2.5K yang menawarkan paparan tajam dan terang. Selain itu, ia dilengkapi dengan HONOR Eye Comfort Display bagi memastikan pengalaman visual yang lebih selesa untuk pengguna.
Dengan nisbah skrin-ke-badan 88%, pengalaman menonton menjadi lebih imersif. Selain itu, tablet ini menyokong kadar segar semula 120Hz untuk memastikan pergerakan lebih lancar. Dengan keupayaan untuk memaparkan 1.07 bilion warna serta liputan gamut warna DCI-P3 pula membuatkan paparan kelihatan lebih hidup dan realistik.
HONOR turut memperkenalkan teknologi AI Ultra Picture Engine dan AI Dynamic Display yang secara automatik meningkatkan kualiti visual serta julat dinamik, menjadikan setiap imej dan video yang dipaparkan lebih menonjol.
Apa yang lebih menarik, HONOR Pad 10 dilengkapi dengan lima teknologi perlindungan mata termasuk TÜV Rheinland Low Blue Light Certification, Flicker Free Comfort dan Dynamic Dimming. Selain itu, ia turut menampilkan Circadian Night Display serta AI Defocus Technology yang bantu mengurangkan keletihan mata walaupun digunakan dalam tempoh yang lama.
Bateri Besar Dengan Prestasi Hebat
Kapasiti bateri merupakan aspek penting dalam memastikan pengalaman penggunaan tablet yang optimum. HONOR Pad 10 hadir dengan bateri berkapasiti 10,100mAh yang menawarkan ketahanan luar biasa. Dengan kapasiti ini, pengguna dapat menikmati permainan PUBG hingga 8.5 jam, menonton TikTok selama 11.9 jam, atau bersaing dalam Mobile Legends selama 7.2 jam tanpa gangguan
Selain itu, tablet ini menyokong pengecasan pantas HONOR 35W, yang disertakan bersama kepala pengecas dalam kotak, serta mampu menyokong pengecasan sehingga 66W. Teknologi ini membolehkan pengguna mengecas peranti dengan lebih cepat sekaligus memastikan mereka dapat kembali aktif dalam masa yang lebih singkat.
Rekaan Nipis Dan Mudah Alih
Dengan ketebalan 6.29mm dan berat 525g, HONOR Pad 10 lebih ringan daripada model sebelum yang menjadikannya pilihan ideal bagi individu yang sentiasa bergerak. Ia mudah disimpan dalam beg tanpa membebankan pengguna. Reka bentuknya yang nipis dan ringan direka khas untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden.
Ciri AI Pintar Meningkatkan Produktiviti
HONOR Pad 10 bukan sahaja hebat untuk hiburan, tetapi juga merupakan tablet produktiviti yang berkuasa. Dengan bantuan AI Writing Tools, pengguna dapat menulis, menyunting, dan menyemak dokumen dengan lebih pantas dan bijak. Fungsi seperti Smart Creation, Polishing & Rewriting, serta AI Grammar Check menjadikan proses penulisan lebih mudah dan efisien
Untuk tugas yang lebih kompleks, HONOR Pad 10 dilengkapi dengan pelbagai teknologi AI bagi meningkatkan produktiviti. Antaranya termasuk AI Speech-to-Text untuk transkripsi masa nyata, AI Voiceprint Recognition untuk pengecaman suara, serta Text Translation bagi membantu memahami pelbagai bahasa. Selain itu, AI Summary membolehkan pengguna meringkaskan teks panjang dengan lebih efisien, manakala AI Handwritten Formula Recognition dan AI Handwriting Beautification memudahkan kerja berkaitan nota termasuk menukar formula matematik tulisan tangan kepada teks biasa.
Dengan HONOR Docs, pengguna dapat mencipta, menyunting, mengimbas, dan menukar format dokumen dengan mudah. Lebih menarik, semuanya ditawarkan secara percuma. Untuk meningkatkan kemudahan kerja, peranti HONOR dapat disambungkan dengan mudah melalui HONOR Connect. Selain itu, ciri canggih seperti Magic Portal memudahkan perkongsian kandungan antara aplikasi dengan lebih pantas.
Prestasi Dipacu Oleh Cip Snapdragon
Dari segi prestasi, pengguna tidak perlu risau kerana HONOR Pad 10 dikuasakan oleh cip Snapdragon 7 Gen 3 bagi memberikan keupayaan yang baik untuk tugasan harian, permua, dan multi-tugas. Sama ada digunakan untuk bekerja, belajar atau bersantai, tablet ini menawarkan prestasi yang mantap serta boleh diharap.
Mahukan pengalaman seperti PC? Padankan HONOR Pad 10 dengan HONOR Smart Bluetooth Keyboard dan HONOR Pencil. Gabungan ini menjadikan tablet lebih versatile sesuai untuk menaip dokumen, mencatat nota, atau melukis dengan lebih tepat dan selesa. Kombinasi ini amat ideal untuk pelajar, profesional, serta pencipta kandungan.
Lebih Daripada Sekadar Tablet
HONOR Pad 10 bukan sekadar tablet, tetapi juga teman harian yang menyokong gaya hidup aktif dan meningkatkan produktiviti pengguna. Dengan harga RM1,499, anda bukan sahaja memperoleh tablet berkuasa malah turut menerima tiga aksesori menarik secara PERCUMA:
- HONOR Smart Bluetooth Keyboard
- HONOR CHOICE ANC Headphones
- HONOR CHOICE Pencil
Jangan lepaskan peluang ini! Dapatkan HONOR Pad 10 hari ini dan alami sendiri gabungan teknologi canggih, kuasa prestasi, serta keselesaan dalam satu peranti.
Penafian: Advertorial dari HONOR Malaysia



