Honor Watch 5 Pro Kini Rasmi Dengan eSIM, ECG Dan Bateri 15 Hari

TechnologyHealth & Fitness
16 Oct 2025 • 3:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor Watch 5 Pro dilancarkan sebagai jam tangan pintar terbaru mereka. Ia hadir dengan skrin bulat AMOLED 1.5 inci beresolusi 466 x 466 piksel dalam kerangka 46mm. Jam ini menyokong eSIM termasuk panggilan bluetooth, serta GPS dwi-jalur dengan sokongan GLONASS, Galileo, BeiDou dan QZSS.

image is not available

Ia dilengkapi pelbagai ciri pemantauan kesihatan seperti kadar denyutan jantung, tekanan darah, ECG, pola waktu tidur, pengesanan apnea tidur, kiraan langkah, tahap tekanan dan sensor cahaya ambien serta geomagnetic. Fungsi-fungsi lain seperti ‘Wrist Raise to Wake’, ‘Key Press to Wake’ dan ‘Touch to Wake’ turut disertakan.

image is not available

Honor Watch 5 Pro menggunakan bateri 515mAh yang mampu bertahan selama 15 hari dan menyokong pengecasan nirwayar. Versi eSIM dijual pada harga CNY 1,699 (~RM1,007) manakala harga untuk versi bluetooth sahaja masih belum diumumkan.