Honor Watch 5 Turut Diumumkan Di Malaysia Pada Harga RM599

TechnologyDigital
9 Jan 2025 • 3:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Peranti seterusnya yang diperkenalkan pada hari ini adalah Honor Watch5. Rekaan serba ringkas menjadi pilihan Honor dengan gabungan kerangka aloi-aluminium segi empat dan kepelbagaian jenis tali termasuk silikon. Berikut spesifikasi penuh untuk Honor Watch5 di Malaysia.

image is not available

image is not available

Ia menggunakan skrin AMOLED 1.85-inci dengan resolusi 450 x 390 piksel dan kadar segar semula 60Hz. Pelbagai sensor kesihatan dan kesihatan terbina disediakan meliputi pemantauan kadar degupan jantung, ketepuan oksigen dalam darah dan pola waktu tidur. Selain itu mempunyai GPS untuk penjejakan lebih tepat semasa aktiviti luar.

image is not available

image is not available

image is not available

Malahan memberi manfaat pada sukan air kerana melepasi tahap kalis air 5ATM/IP68. Bateri 480mAh disertakan boleh berfungsi hingga 15 hari dan dicas semula melalui dermaga magnetik khusus. Honor Watch5 dijual di Malaysia pada RM599 dengan ketersediaan bermula 17 Januari 2025.

image is not available

View Original Article