Honor Watch Fit Dijual Di Malaysia Bermula Harga RM399

LocalTechnology
27 Nov 2025 • 4:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Honor hari ini turut memperkenalkan Honor Watch Fit iaitu seutas  jam tangan pintar asas yang direka  untuk pemantauan kesihatan harian pengguna.

image is not available

Ia hadir dengan saiz 44mm dan berat sekitar 27g tanpa tali. Ia dipadankan dengan skrin AMOLED 1.32″ yang menawarkan resolusi 466 × 466 piksel. Tubuh jam diperbuat daripada aloi aluminium yang kukuh manakala tali tersedia dalam pilihan kulit atau silikon bagi menyesuaikan gaya pengguna. Selain itu, ia turut dilengkapi satu butang fizikal yang memudahkan kawalan fungsi utama.

image is not available

Jam tangan ini turut menawarkan pelbagai sensor kesihatan dan kecergasan terbina termasuk pemantauan kadar degupan jantung, SpO2, pola tidur dan lain-lain. Selain itu, ia menyediakan lebih daripada 100 mod sukan untuk menyokong aktiviti kecergasan pengguna. Dari segi ketahanan, ia hadir dengan penarafan 5ATM dan IP68 sesuai digunakan untuk aktiviti berenang di air cetek, namun tidak digalakkan bagi aktiviti menyelam.

image is not available

Ia juga menawarkan pelbagai sensor kesihatan dan kecergasan terbina termasuk pemantauan kadar degupan jantung, SpO2, pola tidur dan lain-lain. tersapat juga lebih 100 mod sukan terbina. Dari segi ketahanan, ia mempunyai penarafan 5ATM dan IP68 sesuai untuk aktiviti berenang namun tidak disarankan untuk menyelam.

image is not available

Jam tangan ini turut dilengkapi bateri yang mampu bertahan sehingga 23 hari. Honor Watch Fit ditawarkan di Malaysia pada harga bermula RM399 hingga RM449 seutas.