Honor X9b 5G Kini Ditawarkan Dengan Storan Lebih Besar Pada RM1,699

TechnologyDigital
1 Apr 2024 • 3:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor X9b 5G memasuki pasaran Malaysia pada November 2023 dengan storan dalaman 256GB. Terkini peranti ditawarkan dalam pilihan storan lebih besar 512GB dengan harga RM1,699 sebuah. Ketersediaan bermula sekarang dengan hadiah RM759 diberikan percuma. Ini termasuklah fon telinga Honor Choice Earbuds X5 dan jaminan skrin retak hadadapan & belakang selama setahun.

image is not available

Honor X9b 5G dilancarkan dengan spesifikasi kelas pertengahan. Salah satu yang paling menonjol pada peranti sudah tentulah pada paparan berteknologi Ultra-Bounce Anti-Drop yang dikatakan mampu meningkatkan ketahanan berbanding generasi terdahulu. Ia juga dilengkapi skrin AMOLED sebesar 6.78″ dengan resolusi 1200 x 2652 piksel.

image is not available

Seterusnya cip Snapdragon 6 Gen 1 digunakan dengan memori 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 512GB. Selain turut menyokong RAM maya sehingga 8GB RAM yang menjadikan keseluruhan sebanyak 20GB RAM ditawarkan oleh peranti. Diikuti juga bateri 5,800mAh yang menyokong pengecasan 35W.

image is not available

Turut melengkapi peranti ialah kamera utama 108MP (utama) + 5MP (ultra-lebar) dan 2MP (makro) dan swafoto sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuk NFC, bluetooth 5.1, pengimbas cap jari skrin dan menjalankan MagicOS 7.2 (berasaskan Android 13).