Honor X9c Smart 5G Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Harga RM1,099

TechnologyDigital
2 Dec 2024 • 12:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor melancarkan telefon pintar X9c Smart 5G baharu secara rasminya di Malaysia pada Isnin. Ia bukan sahaja direka dengan rekaan nipis dan ringan. Malahan berkualiti tahan lasak bersama spesifikasi kelas pertengahan yang mampu milik. Berikut dikongsikan spesifikasi penuh untuk telefon pintar baharu Honor berkenaan.

image is not available

Melaluinya skrin TFT LCD FHD+ sebesar 6.8-inci dengan kadar segar semula 120Hz digunakan. Selain itu dijana dengan cip MediaTek Dimensity 7025-Ultra, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Diikuti juga perisian MagicOS 8.0 (berasaskan Android 14) yang menyediakan pelbagai ciri AI terbina seperti AI Motion Sensing Capture, AI Eraser, Magic Portal, Magic Capsule dan Parallel Space.

image is not available

Honor melengkapi lagi peranti dengan dwi-kamera utama 108MP + 5MP lebar, swafoto 16MP dan bateri 5800mAh yang menyokong pengecasan berwayar 35W. Lain-lain ciri-ciri yang disertakan termasuk pengimbas cap jari atas ultrasonic, NFC, bluetooth 5.3 dan port USB-C. Harga jualan rasmi adalah RM1099 dengan dua pilihan warna sama ada Ocean Cyan atau Moonlight White.