
HONOR tidak pernah gagal membuat kejutan. Jenama yang semakin dekat di hati rakyat Malaysia ini sudah bersedia untuk melancarkan HONOR X9d 5G, telefon pintar segmen pertengahan yang bukan sahaja cantik, tapi juga super tahan lasak.

Melalui satu sesi ujian ketahanan yang diadakan di The Gound KL pada Khamis, pihak media dikagumkan dengan beberapa ujian ketahanan yang dibuat secara langsung di ‘Experience Zones’. Ternyata, peranti ini mempamerkan kemampuan luar biasa yang membuktikan kualiti serta inovasi yang dibawakan.
Reka Bentuk Baharu: Premium, Rata & Warna Menawan
HONOR X9d tampil dengan rekaan premium serta skrin rata, menjadikannya lebih kukuh dan praktikal untuk pemasangan pelindung skrin. Telefon pintar ini juga hadir dengan pilihan warna baharu yang memikat iaitu Reddish Brown, Sunrise Gold, Forest Green, dan Midnight Black, menawarkan gaya moden yang sesuai dengan pelbagai personaliti pengguna.

Kualiti Dipercayai Bertahun-Tahun
Reputasi HONOR dalam segmen pertengahan tidak dapat disangkal lagi. Siri ini telah lama menjadi telefon pintar paling popular di Malaysia, malah pernah menjadi satu-satunya telefon yang diperkenalkan ketika Perarakan Hari Kebangsaan.
Berbanding dengan HONOR X9c, HONOR X9d hadir dengan peningkatan ketara:

• Lebih Tahan Lasak: Ujian tekanan membuktikan ia lebih kukuh berbanding model X9c.
• Perlindungan Air & Habuk Lebih Hebat: Kini mampu menahan rendaman lebih dalam serta ketahanan tinggi terhadap debu.
• Jangka Hayat Bateri Lebih Lama: Direka untuk kegunaan sepanjang hari
• Prestasi Lebih Berkuasa: Menyokong pengalaman penggunaan lebih lancar, sesuai untuk kerja, hiburan, mahupun permainan mudah alih.
Dengan segala peningkatan ini, tidak hairanlah HONOR X9d 5G dijangka mengulangi kejayaan siri terdahulu, malah berpotensi menguasai pasaran telefon pintar kelas pertengahan di Malaysia sekali lagi.
Untuk maklumat lanjut tentang tarikh pelancaran, anda boleh ikuti HONOR Malaysia di Instagram, @honormalaysia. - Getaran, 19 September 2025

