Peranti siri X9 dari Honor merupakan salah satu peranti yang terkenal dengan tahap ketahanan yang luar biasa dari jenama itu. Kini mereka akan membawakan Honor X9e Pro di Malaysia pada 24 September yang akan datang.

Antara perkara menarik yang ada pada Honor X9e Pro kali ini adalah ia akan dilengkapi dengan bateri sebesar 11,000mAH yang merupakan kapasiti bateri terbesar dari jenama ini. Selain itu, ia turut mempunyai pengecasan pantas Honor Supercharge 80W beserta dengan pengecasan berbalik secara berwayar dengan kelajuan 27W.
Honor X9e Pro ini mempunyai tahap ketahanan yang lebih lasak dari model sebelum ini dengan pensijilan SGS 5 Bintang dengan ketahanan jatuh sehingga 3m. Buat masa ini, tiada lagi maklumat lanjut mengenai spesifikasi dalaman peranti dan juga harga jualannya. Jadi sama-sama nantikan pelancarannya dalam masa terdekat ini.



