“Hormati Kedatangan Ramadan, Perbanyak Amal Ibadat” – Mufti Saran Siti Nurhaliza Anjak Tarikh Konsert Mac Ini

Music
18 Jan 2024 • 12:38 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tiket konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza yang habis terjual dalam masa 2 jam sebelum ini mengundang pelbagai respon daripada peminat.

Namun begitu, penyanyi tersebut pun sudah memaklumkan tiada tambahan tiket atau hari bagi konsert yang akan dijayakan pada 9 Mac akan datang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

 

Hormati bulan puasa

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor memberikan saranan berhubung penganjuran konsert tersebut.

Beliau menyarankan konsert tersebut dianjakkan ke tarikh yang lain bagi menghormati ketibaan bulan Ramadan iaitu pada 12 Mac akan datang.

image is not available

 

Melalaikan daripada mengingati Allah

Tambah beliau, konsert pelantun lagu Percayalah itu seolah-olah melalaikan umat Islam daripada mengingati Allah serta tidak menghormati bulan Ramadan yang suci.

Beliau turut menggalakkan umat Islam untuk mengambil peluang menggandakan amal ibadat masing-masing selain memperbanyak melakukan kerja kebajikan.

image is not available 1 week ago

"Saya Dah Fikir Masak-Masak, Tak Mungkin Dapat.." - Keputusan Muktamad, Konsert Siti Nurhaliza Tiada Penambahan Hari Dan Tiket

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved