Hospital Al-Shifa kembali beroperasi selepas tentera Israel berundur Jumaat lalu

28 Nov 2023 • 3:23 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

GAZA, 28 NOV: Kementerian Kesihatan Gaza berjaya membuka semula jabatan dialisis di Hospital Al-Shifa di sini walaupun kemudahan itu rosak teruk dalam serbuan tentera Israel.

“Walaupun terdapat banyak kerosakan yang disebabkan oleh penceroboh (Israel) terhadap infrastruktur (hospital)… Kementerian Kesihatan berjaya membuka semula jabatan dialisis dengan usaha yang luar biasa,” menurut kenyataan Kementerian Kesihatan pada Isnin lapor Agensi Anadolu.

Kementerian itu menggesa pesakit dialisis di bandar raya itu dan kawasan di utara wilayah terkepung berkenaan mendapatkan rawatan perubatan di Hospital Al-Shifa.

Tentera Israel berundur dari Hospital Al-Shifa pada 24 November selepas menawan kompleks perubatan itu selama 10 hari. Rejim Israel menuduh Hamas menggunakan hospital itu sebagai markas.

Pada Isnin, Qatar mengumumkan lanjutan gencatan sementara selama dua hari lagi di Gaza.

– BERNAMA-ANADOLU

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved