Hospital alami gangguan mistik, mayat bayi 41 tahun dibiarkan tak terurus -“Tiada waris tuntut”

16 Jan 2025 • 5:56 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Satu mayat bayi 41 tahun tak diuruskan pengebumiannya dipercayai telah menjadi punca kepada kejadian dan gangguan mistik di sebuah hospitak universiti.

Perkara itu didedahkan oleh pengurusan jenazah Al-Kifayah Group, Ustaz Muhamad Nur Syafiq menerusi temu bual satu program audio siar (podcast) Tanah Berdaulat TV.

Ustaz Muhamad Nur Syafiq berkata, pihak pusat Islam universiti berkenaan telah memintanya untuk menguruskan jenazah bayi tersebut pada tahun 2021.

image is not available

Mayat bayi 41 tahun dibiarkan tak terurus

Kongsinya, hospital berkenaan dikatakan mengalami gangguan melibatkan mistik seperti mesin ventilator tertutup sendiri, ada pesakit yang ditolak (dari kecemasan) ke ICU (unit rawatan rapi), termasuk pesakit boleh berada di bawah katil sendiri.

“Itu agak mistik juga lah dan bila mereka buat perubatan Islam semua tu, saya tak pasti macam mana mereka buat.
Dapat puncanya mungkin daripada simpanan tidak diuruskan termasuk bayi,” katanya ketika diwawancara oleh bekas wartawan jenayah, Syahril A. Kadir.

image is not available

Tambah beliau, hospital universiti berkenaan telah pun menguruskan kesemua ‘simpanan’ berkenaan, namun masih terdapat satu bayi sahaja belum diselesaikan pada ketika itu.

“Tugas saya selesaikan bayi itu, malam itu juga saya uruskan bayi tersebut dan beberapa bayi lain yang tidak dituntut.
“Selepas bayi itu diuruskan, alhamdulillah saya dapat maklum tiada gangguan tersebut, wallahua’lam,” ujarnya.

image is not available

Mungkin jadi bahan rujukan universiti

Beliau menyatakan bayi berkenaan berkemungkinan dijadikan bahan rujukan universiti tersebut sepanjang mayatnya tidak diuruskan.

@tanahberdaulat.tv

Saksikan temubual menarik ini di saluran YouTube Tanah Berdaulat TV. Terbaik, hanya untuk anda! #tanahberdaulattv #xklusifbersamasyahril #alkifayahgroup #fardhukifayah

♬ original sound - Tanah Berdaulat TV - Tanah Berdaulat TV

Dalam pada itu, beliau memberi gambaran bahawa bayi yang tidak dituntut waris itu mempunyai sifat yang cukup, berada dalam keadaan yang kering, berat lebih 500 gram, termasuk berusia sembilan bulan.

“Cuma dalam uji kaji (bayi lahir 1980) itu memang besar, comel, lelaki dan keadaannya mungkin sebab diawet, macam baru lahir cuma pucat biasalah.
“Kalau tengok tak macam 1980, macam baru lahir,” katanya.

Sumber: TikTok tanahberdaulat.tv

View Original Article