KOTA KINABALU - Pihak Hospital Queen Elizabeth II (HQEII) sedang mengesan waris bagi jenazah seorang lelaki dewasa yang tidak dikenal pasti identitinya untuk dituntut.
Lelaki tersebut disahkan meninggal dunia di Medical Extention Ward pada jam 1.33 petang 25 Februari lalu dan sehingga kini, tiada waris tampil untuk tujuan pengecaman atau tuntutan jenazah.
Pengarah HQEII, Dr Ferro Firdaus Ibrahim berkata, orang ramai yang kehilangan ahli keluarga lelaki dalam tempoh terdekat atau mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pihak hospital bagi membantu proses pengecaman.
"Sebarang maklumat mengenai jenazah ataupun waris diminta menghubungi Unit Mortuari HQEII di talian 088-234600 sambungan 4000/4001," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

