Hospital Ipoh Perlu Bekalan Darah Bantu Mangsa Tragedi UPSI 

LocalHealth & Fitness
10 Jun 2025 • 2:17 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hospital Ipoh Perlu Bekalan Darah Bantu Mangsa Tragedi UPSI

Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh dipercayai memerlukan bekalan darah bagi menampung keperluan pesakit yang terlibat dalam kemalangan tragis membabitkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), semalam.

image is not available

Justeru, orang ramai yang berkelayakan dan sihat digalakkan tampil untuk menderma darah di hospital tersebut. Berikut adalah waktu operasi bilik pendermaan darah HRPB:

Isnin hingga Khamis: 8.00 pagi – 1.00 tengah hari & 2.00 petang – 9.00 malam

Jumaat: 8.00 pagi – 12.15 tengah hari & 2.45 petang – 9.00 malam

https://www.facebook.com/dermadarahipoh/posts/pfbid0ASB1teJUvQqp831b95mYKUsVkrqXEmhz9FPmVzHnH1UuSPvyz3AMbXougtVv2HTol?rdid=eBBLkSbOk2sgx74P#

Dalam kejadian awal pagi semalam, seramai 15 penuntut UPSI maut manakala 33 lagi cedera selepas bas yang mereka naiki terbabas dan terbalik di KM53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik.

Difahamkan, bas yang disewa khas oleh kumpulan pelajar universiti itu berlepas dari Jertih, Terengganu pada jam 9 malam Ahad dan sedang dalam perjalanan pulang ke kampus di Tanjung Malim, Perak, sebelum terlibat dalam kemalangan.

Sumber: Orang awam