
LAHAD DATU: Penderitaan lapan tahun yang ditanggung seorang wanita akibat Pleomorphic Adenoma berakhir selepas ketumbuhan seberat 1.03 kilogram berjaya dikeluarkan melalui pembedahan di Hospital Lahad Datu, mencipta sejarah tersendiri bagi hospital itu.
Nur Patma Jimlani menarik nafas lega selepas ketumbuhan di sebelah kanan mukanya berjaya dikeluarkan.
Patma berkata, ketumbuhan itu bermula sebagai ketulan kecil di pipinya dan semakin membesar dari hari ke hari mendorongnya mendapatkan rawatan di seluruh negeri.
