“Hospital Mana? Biar Saya Ziarah” – Ellie Suriaty Tetap Pendirian, Mahu Tuntut Permohonan Maaf Ibu Bapa Imran Bard

EntertainmentPolitics
22 Feb 2025 • 10:46 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, beberapa hari lalu pelakon, Ellie Suriaty meluahkan rasa kesal kerana namanya digunakan dalam salah satu konten parodi pempengaruh, Imran Bard di laman TikTok hingga meminta ibu bapa individu tersebut datang memohon maaf kepadanya.

Mahu jumpa ibu Imran di hospital untuk tuntut permohon maaf

Tampil membalas kenyataan Ellie, Imran memaklumkan ibunya tidak dapat berjumpa dengan pelakon tersebut susulan kini berada di hospital akibat sakit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Barddieㄹ (@imranbard)

Tidak kisah dengan hal tersebut, aktres itu berkata dia tetap dengan pendiriannya untuk bertemu dengan ibu dan bapa ‘influencer’ berkenaan untuk memohon maaf kepadanya.

Ibu dia di hospital mana? Biar saya sendiri yang pergi ziarah. Kalau orang sakit elok untuk pergi ziarah. Saya tetap tuntut ibu bapa dia mohon maaf.

Permohonan maaf Imran tak ikhlas

Apabila meminta untuk mengulas video permohonan maaf Imran di laman TikTok, pelakon itu menganggap permohonan maaf yang dilakukan tidak ikhlas.

image is not available

Apa yang dia buat bukan parodi. Jangan guna terma parodi jika tidak faham maksud. Cuba bayangkan jika ibu bapa mereka diperkatakan sebegitu.

image is not available 3 days ago

"Parodi Bukan Satu Jenayah" - Asiah Jalil Maklum Ellie Suriaty Tiada Hak Minta Ibu Bapa Imran Bard Mohon Maaf