Hospital Pasir Gudang belum beroperasi penuh, 1,192 jawatan masih kosong - Onn Hafiz

LocalHealth & Fitness
4 Aug 2026 • 7:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Hospital Pasir Gudang belum beroperasi penuh, 1,192 jawatan masih kosong - Onn Hafiz
Onn Hafiz melawat HPG bagi meninjau sendiri perkembangan pengoperasian hospital berkenaan. - Foto: Facebook Onn Hafiz
Image from: Hospital Pasir Gudang belum beroperasi penuh, 1,192 jawatan masih kosong - Onn Hafiz
Onn Hafiz mendengar penerangan daripada pihak pengurusan Hospital Pasir Gudang. - Foto: Facebook Onn Hafiz
Image from: Hospital Pasir Gudang belum beroperasi penuh, 1,192 jawatan masih kosong - Onn Hafiz
Onn Hafiz meninjau keadaan HPG.

PASIR GUDANG – Hospital Pasir Gudang (HPG) yang dilengkapi kemudahan moden dan pelbagai bidang kepakaran masih belum dapat beroperasi pada kapasiti penuh berikutan kekangan pengisian tenaga kerja.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, daripada keseluruhan 2,271 jawatan yang diperuntukkan di HPG, hanya 1,079 jawatan telah diisi manakala 1,192 lagi masih kosong membabitkan pakar perubatan, jururawat serta petugas kesihatan lain.

Beliau berkata, isu kekurangan tenaga kerja itu perlu diberi perhatian segera oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya hospital yang amat dinantikan rakyat Johor itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

“HPG telah dilengkapi dengan kemudahan moden, kapasiti yang besar serta pelbagai bidang kepakaran. Namun, hospital ini masih belum dapat beroperasi pada kapasiti sepenuhnya kerana berdepan isu pengisian tenaga kerja.

“Dengan kepakaran termasuk Pediatrik, Obstetrik dan Ginekologi, Anestesiologi, Radiologi, Patologi, Ortopedik, Otorinolaringologi serta Oftalmologi, HPG mempunyai potensi besar untuk memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan di Johor,” katanya selepas mengadakan lawatan di hospital berkenaan.

**media[3605259]**

Menurut beliau, pengoperasian penuh HPG penting bagi mengurangkan beban hospital sedia ada selain memenuhi keperluan kesihatan penduduk Pasir Gudang dan kawasan sekitarnya yang semakin berkembang.

Beliau berkata, Kerajaan Johor akan terus bekerjasama rapat dengan KKM bagi memastikan keperluan hospital berkenaan dapat dipenuhi.

“Saya sekali lagi memohon perhatian dan pertimbangan segera daripada KKM agar proses pengisian jawatan di HPG dapat dipercepatkan,” katanya.

**media[3605260]**

Hospital Pasir Gudang mula beroperasi secara berfasa pada 1 Ogos tahun lalu, melibatkan perkhidmatan awal seperti jabatan kecemasan serta beberapa kepakaran perubatan.

Pada 30 April lalu, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menitahkan agar Hospital Pasir Gudang dapat beroperasi sepenuhnya pada kadar segera dengan isu perjawatan dan kelengkapan di hospital berkenaan perlu diselesaikan tanpa sebarang kelewatan.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) Bagi Penggal Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-15.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved