Hospital Selgate Rawang milik PKNS dijadual beroperasi tengah tahun ini

12 Feb 2025 • 8:45 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 12 FEB : Hospital Selgate Rawang milik Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bakal beroperasi pertengahan tahun ini.

Ahli Dewan Negeri Rawang Chua Wei Kiat berkata pusat perubatan yang menyediakan lebih 300 katil itu akan memanfaatkan penduduk sekitar sekali gus membantu mengurangkan kesesakan hospital kerajaan.

“Kos pembinaan fasa 1 dan fasa 2 membabitkan perbelanjaan sejumlah RM231.5 juta dengan jumlah keseluruhan sebanyak 325 katil.

“Kita percaya apabila hospital ini sudah beroperasi nanti ia sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan jumlah pesakit yang bersesak di hospital kerajaan,” katanya kepada Media Selangor.

Sebelum ini EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin menjelaskan pembangunan Hospital Selgate Rawang yang sepatutnya siap pada tahun 2019 tertangguh disebabkan kekurangan tenaga kerja dan pandemik Covid-19.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved