Hospital Sri Aman II mula beroperasi

3 Sep 2022 • 9:47 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hospital Sri Aman II yang mula beroperasi bulan ini dilengkapi dengan 108 katil. - Foto Bernama

KUCHING - Hospital Sri Aman II yang mula beroperasi bulan ini dilengkapi dengan 108 katil, menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak, Dr Ooi Choo Huck.

Beliau berkata, hospital itu juga menawarkan tujuh perkhidmatan kepakaran iaitu perubatan am, pediatrik, pembedahan am, perbidanan dan sakit puan, ortopedik, radiologi serta anestesiologi.

"Perkhidmatan kepakaran psikiatri pula terus dikekalkan di Hospital Sri Aman (lama).

"Pengoperasian Hospital Sri Aman II akan memberi manfaat dan kemudahan kesihatan secara menyeluruh kepada masyarakat Bahagian Sri Aman dan daerah di sekitarnya,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved