Hospital Tengku Anis Dinaiki Air, Pesakit Mungkin Dipindahkan

19 Dec 2022 • 9:18 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Keadaan wad di HTA yang dinaiki air susulan hujan lebat sejak semalam. - Tangkapan layar dari video di media sosial

KUALA LUMPUR: Hospital Tengku Anis (HTA) di Pasir Puteh, Kelantan dilaporkan terjejas selepas dinaiki air, susulan hujan lebat berterusan sejak semalam.

Difahamkan, selain pekarangan hospital, unit kecemasan, bahagian farmasi dan wad lain dinaiki air sejak malam tadi.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Husin berkata, air mula naik bermula jam 8.30 malam.

“Susulan itu, kakitangan hospital bertungkus lumus mengangkat peralatan elektrik, seperti peti sejuk dan peti vaksin ke tempat lebih tinggi.

“Kita juga sedang memantau jika ada keperluan pesakit yang mungkin dipindahkan ke hospital lain,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

Dr Zaini berkata, bagi pesakit baharu yang datang ke hospital itu, pihaknya cuba mengalihkan ke hospital lain, terutama Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Bagaimanapun, ujarnya, jika kes yang dirujuk di hospital itu membabitkan kecemasan, pihaknya akan menerima.

Sementara itu, tinjauan di media sosial menunjukkan keadaan hospital berkenaan yang dimasuki air.

Menerusi video dimuat naik Info Banjir Negeri Kelantan, kelihatan ruang wad di situ dinaiki air paras buku lali.

“Allahuakhbar air masuk dalam wad di HTA,” menurut keterangan video itu. - Getaran, 19 Disember 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved