Hospital Terakhir Gaza, Al-Ahli Musnah Dalam Serangan Israel

20 Dec 2023 • 11:32 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Salah satu hospital terakhir yang masih bertahan di Semenanjung Gaza utara disahkan musnah sejak semalam gara-gara musnah diserang oleh Israel.

Menurut laporan Buletin TV3, Pengarah hospital Al-Ahli, Fadel Naim memaklumkan selain tentera rejim itu menyerang hospital tersebut, mereka turut menahan ramai doktor malah memusnah kan sebahagian kemudahan yang ada.

Hospital terakhir Gaza musnah

image is not available

image is not available

“Serangan Israel mengakibatkan hospital tidak dapat lagi beroperasi, kami tidak lagi boleh menerima mana-mana pesakit atau mangsa yang cedera.

“Menurut maklumat kami, terdapat berpuluh-puluh orang yang cedera di jalanan sekitar hospital ini,” katanya.

Difahamkan, hospital terakhir tersebut adalah Hospital Al-Ahli, yang juga dikenali sebagai hospital Baptist atau Ahli Arab, mengalami kerosakan teruk akibat letupan di tempat letak keretanya pada 17 Oktober lalu, mengakibatkan sekurang-kurangnya puluhan mangsa maut.

image is not available

Bagaimanapun, tentera zionis menafikan tindakan keji tersebut tetapi menyalahkan roket yang didakwa salah tembak oleh Jihad Islam yang menyebabkan letupan itu.

Untuk pengetahuan semua, hospital merupakan lokasi yang dilindungi di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa namun, zionis tidak pernah berhenti menyerang pusat rawatan tersebut sejak 7 Oktober lalu.

image is not available

Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberitahu hospital Al-Ahli menerima ‘pesakit kritikal’ daripada Al-Shifa untuk pembedahan.

Menurut WHO, Jabatan kecemasan Al-Shifa, yang musnah akibat pengeboman Israel, ‘bermandikan darah’ dan ‘memerlukan pemulihan’.

Kini, Israel terima tekanan tinggi daripada pemimpin seluruh dunia ekoran peningkatan kematian yang berlaku di Gaza.

Sumber: Buletin TV3