Hospital Universiti Malaysia Sabah Dijangka Siap Hujung Tahun Ini

22 Jun 2024 • 1:59 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

HUMS pemangkin transformasi bidang perubatan negeri

Hospital Universiti Malaysia Sabah Dijangka Siap Hujung Tahun Ini. Penyiapan pembinaan Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) yang dijangka siap pada penghujung tahun ini akan membolehkan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UMS meningkatkan pengambilan pelajar perubatan untuk dilatih sebagai doktor.

Hospital ini dikenali sebagai “Hospital Pengajar Pintar” yang bertujuan untuk mempertingkatkan mutu pendidikan dan latihan perubatan, serta meningkatkan akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi untuk masyarakat setempat di kawasan sekitarnya.

image is not available
Hospital Universiti Malaysia Sabah Dijangka Siap Hujung Tahun Ini

HUMS, merealisasi impian latihan doktor tempatan di Sabah

Menurut sumber, pembinaan hospital ini akan membawa manfaat bukan sahaja kepada pelajar UMS, malah juga kepada penduduk Sabah secara keseluruhannya. Dengan adanya hospital ini, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan akhirnya dapat merealisasikan hasratnya untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan latihan di hospital pengajar milik sendiri.

“Malaysia tidak lagi perlu bergantung kepada pengambilan pegawai perubatan warga asing memandangkan negara akan mempunyai bilangan doktor tempatan yang mencukupi, kecuali dalam bidang kepakaran tertentu,” ujar bekas Pengarah HUMS, Dr Helen Lasimbang.

Baca juga artikel yang berkaitan: