“Hot nya adik saya, saya bangga” -Komen abang Mawar Rashid diselar netizen

Politics
25 Jan 2024 • 1:23 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Komen abang Mawar Rashid di ruangan Instagram selebriti itu dengan meluahkan rasa bangga melihat penampilan adiknya telah diselar netizen.

Pakai baju tidak berlengan

Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid telah memuat naik gambar swafoto dengan mengenakan dress tidak berlengan sehingga mengundang pelbagai komen.

image is not available

Komen abang Mawar Rashid jadi perhatian

Abangnya yang dikenali sebagai Arfan Rashid menulis komen seakan memuji selebriti itu namun telah dikecam netizen kerana beranggapan menyokong tindakan Mawar yang semakin ‘terbuka’ sejak menanggalkan tudung.

“Hot nya adik saya. Saya bangga,” tulisnya ringkas.

image is not available

Komen abang Mawar Rashid diselar netizen

Komen tersebut telah ‘diserang’ netizen yang rata-rata menyelar tindakan Arfan dan terkejut kerana dia seakan membenarkan apa yang dilakukan Mawar dengan memilih berpakaian mendedahkan aurat.

Mereka turut memberi ‘tazkirah’ kepada pemuda terbabit dengan mengatakan jika tidak mampu untuk memberi nasihat, lebih elok mengelakkan diri dari menyokong perkara yang terang-terang melanggar larangan agama.

image is not available

Tak mampu nasihat, jangan pula sokong perbuatan

image is not available

Dekat dunia bangga, dekat ‘sana’ apa nak jawab

image is not available

Ingatkan salah baca tadi

image is not available

Untuk rekod, Mawar Rashid telah tampil tidak lagi bertudung selepas memuat naik gambar swafoto dengan kapsyen seakan memberitahu sudah sedaya upaya mencuba namun gagal.

Tidak lama selepas itu, berita perpisahannya dengan bekas suami Raff Yaakob telah menjadi perhatian memadangkan tidak pernah ada khabar kurang enak berkenaan rumah tangga mereka.

Sumber: Instagram Mawar Rashid

View Original Article