Hot Wheels Proton Saga mula dijual, tapi banyak harga scalper

9 Oct 2023 • 12:08 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Mattel Malaysia telah mengumumkan penjualan model Hot Wheels Proton Saga di gedung-gedung berhampiran anda. Ia adalah rentetan daripada pengumuman tentang pembangunan model tersebit sewaktu akhir tahun 2022 yang lalu.

Hot Wheels Proton Saga adalah model skala 1:64 yang dihasilkan bersempena dengan ulang tahun ke-40 Mattel di Malaysia serta untuk meraikan peluasan kilang pengeluaran Hot Wheels.

image is not available

Kilang Hot Wheels di Seberang Perai adalah ang terbesar di dunia. Produk-produk yang keluar daripada sana bukan setakat untuk pasaran tempatan, malah dieksport ke seluruh dunia.

image is not available

Berbalik kepada Hot Wheels Proton Saga, model yang dihasilkan adalah berwarna merah. Ia adalah warna yang sama pada Proton Saga yang dipamerkan di Proton Centere of Excellence di Shah Alam.

image is not available

Harga jualan Hot Wheels versi basic seperti ini biasanya RM9.90 sahaja, namun disebabkan kegilaan pengumpul-pengumpul di luar sana, scalper pun mengambil peluang untuk membolotnya dan menjualnya pada harga yang lebih tinggi.

image is not available

Rata-rata menjualnya di atas harga RM100 malahan ada yang melebihi RM200 juga melalui carian ringkas kami di Lazada, Shopee, Mudah, dan Facebook Marketplace. Perlu diingatkan yang ini bukanlah edisi istimewa. Hal ini kerana, Mattel berhasrat untuk mengeluarkan edisi istimewa dengan pembungkusan bertemakan mural yang dihasilkan Saw Jane Harn dan katanya akan dijual dalam tahun 2024 kelak.

image is not available

View Original Article