Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bila sebut sahaja tentang Gamuda Cove, pasti sudah terbayang Taman Tema Air, Splashmania serta keindahan taman alam semula jadinya, Paya Indah Wetlands.
Jangan tidak tahu, Gamuda Cove kini menawarkan lagi satu kemudahan terbaharu sekaligus memberi pengalaman percutian bermakna buat pengunjung.
Gamuda Land Lancar ASAI Gamuda Cove, Hotel Pertama Di Sana
Semalam (10 Oktober), Gamuda Land secara rasminya telah melancarkan pembukaan hotel sulung di kawasan komuniti mereka iaitu ASAI Gamuda Cove.
Majlis pembukaan rasmi itu turut diserikan lagi dengan kehadiran Duta Besar Thailand Ke Malaysia, Lada Phumas, Naib Presiden (Operasi, Pengoptimuman dan Projek Khas) Dusit International, Aloysius Michael dan Ketua Pegawai Operasi Gamuda Land, Wong Siew Lee.

ASAI Gamuda Cove Dilengkapi 280 Bilik, Beri Pengalaman Berbeza Berbanding Cawangan Lain & Lebih Dekat Dengan Alam Semulajadi
Menariknya, hotel yang mempunyai 280 bilik ini terletak betul-betul bersebelahan 1,111 ekar Paya Indah Discovery Wetlands dan merupakan hotel pertama di Malaysia di bawah DUSIT International yang berkonsepkan ‘ASAI Tropical’.
Diinspirasikan daripada perkataan Thai bermaksud hidup, hotel ini membawa konsep ‘live local’ iaitu menghubungkan pengunjungnya dengan kawasan setempat menerusi pengalaman tempatan, hubungan sosial yang lebih bermakna menerusi perkhidmatan hospitalitinya.

Menurut Pengurus Besar ASAI Gamuda Cove, Bob Yusof, ASAI sentiasa menghubungkan tetamu dengan keunikan karakter kawasan di sekelilingnya.
“ASAI Gamuda Cove adalah satu ekspresi baharu. Sebagai hotel pertama yang diperluaskan konsepnya, ASAI Gamuda Cove membawa konsep live local iaitu berasaskan alam semulajadi di mana wetlands, pengalaman aktiviti luar dan destinasi yang lebih luas menjadi sebahagian daripada penginapan.
“Ia membolehkan kami menawarkan sesuatu yang berbeza berbanding hotel ASAI di kawasan bandar sambil mengekalkan identiti mesra, menggalakkan interaksi sosial dan pengalaman yang menjadi teras ASAI,” katanya.

ASAI Gamuda Cove Jadi Nilai Tambah, Pengunjung Boleh Menginap Lebih Lama
Pada masa sama, menurut Wong, ASAI Gamuda Cove dilihat sebagai satu nilai tambah kepada kawasan itu sekaligus memberi peluang kepada pengunjung untuk menginap lebih lama.
“Sebagai pembangunan hotel pertama Gamuda Land, ia melengkapi tawaran alam semula jadi serta rekreasi kami sambil memberi pengalaman lebih luas yang telah dibina daripada wetlands dan tarikan rekreasi sehinggalah kepada tempat makan, tarikan komersial serta rangkaian e-tram.


“Bersama ini, ia memberi orang ramai lebih banyak sebab untuk tinggal lebih lama untuk meneroka lebih banyak dan mencipta pengalaman dari pelbagai aspek berbeza di Gamuda Cove,” katanya.

ASAI Gamuda Cove Beri Tawaran Istimewa Kepada Pelanggan Sempena Pembukaan Rasmi
Sempena pembukaan rasmi, pengunjung berpeluang menikmati harga istimewa bermula RM250 sehingga 31 Disember 2026.
Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang menikmati tawaran istimewa lain iaitu:
- Sarapan untuk dua orang dewasa di restoran Nasi & Khao
- Dua minuman alu-aluan (welcome drinks) dan snek
- Tempoh daftar keluar (check-out) sehingga jam 2 petang (tertakluk kepada ketersediaan)
- RM100 kredit makan malam bagi setiap penginapan
- 15% diskaun bagi cenderamata
Untuk sebarang maklumat lanjut atau tempahan, anda boleh layari di laman web rasmi ASAI Gamuda Cove di sini.
Baca Artikel Berkaitan: Gamuda Cove Tawar Pelbagai Aktiviti Menarik & Sesuai Dijadikan Destinasi Percutian!
Baca Artikel Berkaitan: Gamuda Land Kolaborasi Dengan UKM, UniKL & UM Dalam Perbaiki Biodiversiti
