
LABUAN: Hotel Labuan yang pernah menjadi lambang kebanggaan pulau bebas cukai ini, akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembangunan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Ismail.
Beliau berkata lembaga pengarah pihak berkuasa tempatan itu sudah memberi lampu hijau untuk perobohan hotel 10 tingkat berkenaan sama ada tahun ini atau awal tahun depan.
“Kami akan membuka tender secepat mungkin sebaik sahaja mendapat anggaran peruntukan untuk proses perobohan,” katanya mengulas tentang pendedahan yang dibuat Pengerusi Perbadanan Labuan Tan Sri Anifah Aman dalam kumpulan WhatsApp Dewan Perniagaan Labuan.
Rithuan berkata Perbadanan Labuan akan bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan termasuk Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi memastikan proses merobohkan bangunan itu mematuhi garis panduan keselamatan.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Hotel dengan 150 bilik itu didapati tidak selamat pada 1997 kerana strukturnya tidak sempurna, lalu Lembaga Pembangunan Labuan yang kini dikenali sebagai Perbadanan Labuan mengambil keputusan untuk menutup hotel itu sebagai langkah keselamatan.
Bangunan itu pernah menjadi hab untuk pelancong dalam dan luar negara serta menjadi lokasi pertemuan untuk pemimpin kerajaan dan ahli politik, bagaimanapun setelah ditinggalkan begitu lama, hotel itu menjadi usang dan rosak serta menjejaskan pemandangan di tengah-tengah bandar Labuan.
Dalam pada itu, Rithuan berharap agar perobohan hotel berkenaan akan membuka pintu kepada pemaju untuk memberi nafas baharu di kawasan itu dan memberi laluan kepada pembangunan komersial yang akan membawa manfaat ekonomi kepada pulau dan penduduknya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

