Hotel Resort Pakej 5 Bintang Di Kuching, Damai Lagoon Bakal Buka Bulan Mei 2023

5 Mar 2023 • 2:40 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dulu ianya Damai Puri, kini diganti dengan Damai Lagoon iaitu hotel bertaraf 5 bintang di Kuching.

Hotel Resort Pakej 5 Bintang Di Kuching, Damai Lagoon Bakal Buka Bulan Mei 2023. Kuching bakal mempunyai sebuah resort ‘baru‘ pada tahun 2023 dengan dibukanya Damai Lagoon Resort.

Damai Lagoon Resort yang terletak di Kuching, Sarawak ini khabarnya bakal dibuka pada bulan Mei/Jun 2023. Ia menawarkan hotel resort 5 bintang yang benar-benar hebat dan menarik perhatian para pelancong.

image is not available
Kredit gambar: Twitter Edwin Chandra Nurdjajadi

Bestnya tempat ni, anda boleh nikmati pemandangan Gunung Santubong

Dan menariknya, resort ini terletak di hadapan Pantai Damai di kaki Gunung Santubong. Mempunyai 207 bilik tetamu yang elegan dan mempunyai Spa Village, balroom berkapasiti 600 orang, kemudahan rekreasi yang lengkap, serta 2 restoran dan 3 bar

Resort ini menawarkan pakej percutian yang menarik untuk pengunjung yang ingin menikmati ketenangan dan keindahan alam semulajadi di sekitar kawasan pantai yang cantik.

image is not available
Hotel Resort Pakej 5 Bintang Di Kuching, Damai Lagoon Bakal Buka Bulan Mei 2023. Sumber: kuchingborneo.info

Anda boleh lihat sneak peek menerusi video di bawah:

Masa kecik-kecik dulu mesti pernah duduk sini kan?

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa resort ini telah di rebranding 3 kali termasuk lah namanya yang kini. Sebenarnya dahulu ia dikenali sebagai Holiday Inn Damai Lagoon kemudian ditukar kepada Damai Puri Resort and Spa.

Perubahan pengurusan mungkin telah menyebabkan rebranding resort yang dulunya merupakan salah satu resort mewah terbaik di Kuching. Dan kini ianya ditukar menjadi Damai Lagoon Resort.

Resort ini mempunyai bilik-bilik yang selesa dan luas yang dilengkapi dengan kemudahan moden. Pengunjung boleh menikmati pemandangan yang menakjubkan dari balkoni yang disediakan di setiap bilik.

Difahamkan juga bahawa resort ini diuruskan oleh Hemisphere, yang juga menguruskan Grand Margherita Hotel, Riverside Majestic Astana Wing, Riverside Majestic Puteri Wing dan Damai Beach Resort.

Selain Damai Lagoon yang diubah suai, Kem PLKN juga telah diubah suai menjadi homestay di Sematan tauu! Baca lebih lanjut di bawah: