Hotel tak cukup! PM Anwar jelas faktor Sidang Kemuncak ASEAN tidak diadakan di Putrajaya

LocalPolitics
23 Oct 2025 • 4:50 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kekurangan aspek logistik dan kemudahan penginapan menjadi faktor utama Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 tidak diadakan di Putrajaya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, meskipun Putrajaya mempunyai fasiliti seperti dewan yang memuaskan, namun kapasiti hotel di kawasan itu masih belum mencukupi bagi menampung keperluan delegasi luar negara.

image is not available

Kredit Foto: Izzuiddin Abd Radzak | Pejabat Perdana Menteri

“Ada persoalan tentang mengapa tidak di Putrajaya, saya ingat Menteri Luar sudah jelaskan. Ia adalah kerana logistik tidak cukup, dewan baik tapi kemudahan hotel tidak cukup untuk keperluan pimpinan beberapa negara seperti China atau Amerika Syarikat… sebab bila mereka datang, mereka ambil satu hotel, mereka bukan ambil tiga lantai tetapi satu hotel, jadi tidak cukup.
“Atas sebab itu ia diadakan di Kuala Lumpur, dan berdasarkan pengalaman kita melalui ASEAN-GCC yang diadakan sebelum ini, saya rasa kita mampu dan berupaya melakukan sebaiknya,” katanya.

image is not available

Anwar berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari di Dewan Rakyat pada Khamis.

PM Anwar jelas faktor Sidang Kemuncak ASEAN

Sebelum ini, beberapa pihak mempersoalkan keputusan kerajaan menganjurkan sidang antarabangsa itu di Kuala Lumpur yang didakwa menjejaskan kelancaran trafik di ibu negara.

image is not available

Dalam pada itu, Perdana Menteri yakin Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 akan berjalan lancar hasil persiapan rapi pelbagai agensi kerajaan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua petugas dan kementerian terlibat atas komitmen memastikan penganjuran kali ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Sumber: Astro Awani (Khalis Khadir)