Hotel WEIL Ipoh perkenalkan kemudahan ruang kerja bersama

LocalBusiness & Finance
20 Aug 2024 • 2:58 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Hotel WEIL Ipoh perkenalkan kemudahan ruang kerja bersama

zakisalleh

20/08/2024 - 14:58

IPOH 20 Ogos - Hotel WEIL merintis konsep ruang kerja bersama di bandar raya Ipoh apabila menawarkan kemudahan itu dalam suasana persekitaran di hotel tersebut.

Dalam era digital, konsep ruang kerja bersama semakin menjadi pilihan khususnya oleh kelompok pekerja bebas, usahawan serta pelancong yang perlu bekerja.

Lokasi Hotel WEIL di Jalan Sultan Idris Shah di sini yang terletak di tengah-tengah bandar raya Ipoh menjadikan ia strategik.

Berada di aras 1, CoWorking by WEIL menyediakan persekitaran kerja yang optimum tanpa gangguan dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 9 malam.

image is not available
CoWorking by WEIL menawarkan persekitaran kerja yang fleksibel.

Hotel WEIL dalam kenyataan memaklumkan, ia menampilkan kemudahan yang diperlukan untuk bekerja seperti internet berkelajuan tinggi tanpa had serta ruang kerja fleksibel.

Turut disediakan ialah meja ergonomik bagi memastikan keselesaan semasa sesi kerja lanjutan.

“Beroperasi sejak September 2023, kadar dikenakan adalah berpatutan iaitu RM38 sehari atau RM380 sebulan manakala caj letak kereta RM3 sehari.

“Kemudahan lain yang disediakan percuma kepada pelanggan ialah minuman panas dan makanan ringan,” ujar kenyataan itu.

Pelanggan juga diberikan potongan 15% untuk makan minum di Restoran Tiffin.

image is not available

image is not available

CoWorking by WEIL mampu memuatkan sehingga 50 orang pada satu-satu masa dengan perkhidmatan pejabat lain seperti fotostat, pencetak dan pengimbas juga disediakan.

Kemudahan surau yang selesa juga disediakan di aras 2 Hotel WEIL.

Sesuai sebagai kerja era digital yang semakin berkembang, CoWorking by WEIL menawarkan persekitaran yang tiada tandingan. - DagangNews.com

View Original Article