Hotlink kini menawarkan Travel SIM 5G yang boleh digunakan di Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia. Kad ini direka untuk memudahkan pelancong kekal berhubung sepanjang perjalanan tanpa perlu tukar SIM di setiap negara yang dinyatakan.

Kad ini ditawarkan dalam dua pilihan pelan mudah berdasarkan tempoh lawatan, iaitu pelan RM35 untuk kegunaan selama 15 hari dan pelan RM60 untuk kegunaan sehingga 30 hari. Kad ini membolehkan pengguna menikmati internet 5G tanpa had pada kelajuan maksimum 12Mbps untuk pelbagai aktiviti dalam talian seperti penstriman video, melayari media sosial dan lain-lain.

Selain itu, pengguna turut boleh menikmati panggilan tanpa had di dalam Malaysia serta FUP sebanyak 100GB. Sekiranya kuota FUP habis, pengguna masih boleh meneruskan penggunaan internet pada kelajuan yang dikurangkan atau memilih untuk melanggan pas tambahan, yang ditawarkan pada harga serendah RM4 hingga RM45 mengikut keperluan masing-masing.

Kad SIM ini boleh didapati di Pusat Maxis terpilih termasuk di KLIA Terminal 1 dan 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang serta lokasi pelancongan utama seperti KLCC, NU Sentral dan Mahkota Parade.





