Houthi bedil Arab Saudi, 3 terkorban

WorldPolitics
8 Oct 2026 • 11:06 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Houthi bedil Arab Saudi, 3 terkorban

RIYADH – Pihak berkuasa Arab Saudi berkata semalam bahawa  tiga orang maut  dalam serangan ke atas dua lapangan terbang antarabangsanya  termasuk di ibu negara,  Riyadh  selepas kumpulan Houthi di Yemen mengaku membedil kedua-dua hab pengangkutan itu.

Militia disokong Iran itu terdahulu mengaku melancarkan siri serangan termasuk bedilan berpandu balistik menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di Riyadh.

“Kelmarin dan semalam,  Lapangan Terbang Antarabangsa Abha dan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid telah menjadi sasaran serangan,” kata pihak berkuasa penerbangan awam Arab Saudi dalam satu kenyataan.

Warga Mesir dan Algeria terkorban di lapangan terbang Abha, manakala seorang rakyat Sudan terbunuh di lapangan terbang Riyadh, kata agensi itu sambil menambah, 36 orang lagi cedera dalam kedua-dua serangan.

Pakatan tentera diterajui Arab Saudi yang menyokong tentera kerajaan di Yemen menyatakan di laman X bahawa pihaknya ‘memusnahkan platform pelancaran peluru berpandu balistik’  digunakan dalam serangan ke atas Riyadh.

Dalam kenyataan susulan, pakatan sama menyalahkan tentera Houthi secara langsung dan mengesahkan akan membalas serangan mereka.

“Serangan kejam oleh militan  Houthi ke atas orang awam dan objek awam di Arab Saudi, terutamanya yang terbaharu menyasarkan (dua lapangan terbang) tidak akan terlepas daripada hukuman,” katanya di platform X.

Puak Houthi  yang menguasai sebahagian besar kawasan di barat laut  Yemen,  bertempur dengan kerajaan pro-Arab Saudi selepas perang saudara meletus semula pada Julai lalu dan berjaya menawan sebahagian besar kawasan pesisir pantai.

Perang  itu menyebabkan lebih 200,000 orang menjadi pelarian dalam negara sendiri, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semalam. – AFP 

The post Houthi bedil Arab Saudi, 3 terkorban appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved