Houthi dakwa Arab Saudi lancar lebih 50 serangan udara

WorldPolitics
14 Sep 2026 • 9:39 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Houthi dakwa Arab Saudi lancar lebih 50 serangan udara

SANAA – Kumpulan Houthi di Yemen mendakwa Arab Saudi telah melancarkan lebih 50 serangan udara ke atas kedudukan mereka dalam tempoh 24 jam.

Serangan ini menyusul susualan tindakan Houthi kumpulan yang disokong Iran itu melancarkan serangan dron dan peluru berpandu ke atas sebuah pangkalan tentera di wilayah Arab Saudi.

Pertempuran terkini ini memuncak selepas kempen ketenteraan selama seminggu oleh Houthi yang menyaksikan mereka menguasai kawasan pantai Laut Merah dan mengukuhkan kawalan di Selat Bab al-Mandab, laluan penting eksport minyak Arab Saudi ketika Selat Hormuz masih ditutup akibat krisis berterusan.

Laluan air tersebut merupakan laluan penting untuk eksport minyak Arab Saudi, dikala Selat Hormuz kekal ditutup di tengah-tengah perang Amerika Syarikat dan Iran.

Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata ‘tentera Saudi telah menjalankan 58 serangan udara dalam tempoh 24 jam yang lalu” dalam satu hantaran di Telegram.

Kumpulan Houthi telah melepaskan serangan peluru berpandu dan dron paling sengit dalam tempoh beberapa tahun minggu ini ke atas Arab Saudi, menyebabkan tapak minyak terbakar dan mencederakan 73 orang. – AFP

The post Houthi dakwa Arab Saudi lancar lebih 50 serangan udara appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved