Houthi timbang kenakan bayaran terhadap kapal dagang di Laut Merah

WorldBusiness & Finance
30 Jul 2026 • 12:35 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Houthi timbang kenakan bayaran terhadap kapal dagang di Laut Merah

SANAA: Kumpulan Houthi di Yemen dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk mengenakan bayaran terhadap kapal dagang yang belayar melalui bahagian selatan Laut Merah, seminggu selepas mengisytiharkan sekatan laut ke atas Arab Saudi, menurut sumber serantau.

Houthi yang disokong Iran pada 20 Julai mengisytiharkan sekatan maritim terhadap Arab Saudi, sekali gus membuka satu lagi medan baharu dalam perang Iran yang melibatkan Amerika Syarikat (AS) dan sekutu-sekutunya.

Ia turut  memperluaskan serangan terhadap kapal tangki yang membawa bekalan tenaga dan barangan lain ke laluan perairan di luar Teluk.

Menurut sumber dipetik Reuters, Houthi sedang meneliti cadangan untuk mengenakan bayaran terhadap kebanyakan kapal melalui laluan sempit Bab el-Mandeb, yang menghubungkan bahagian selatan Laut Merah dengan Teluk Aden.

Setakat ini, tiada tempoh masa diberikan mengenai pelaksanaan cadangan itu, menurut sumber berkenaan.

Pejabat media Houthi tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap permintaan untuk mengulas perkara itu.

Pegawai Houthi telah mengadakan lawatan ke Iran pada Julai bagi menghadiri upacara pengebumian bekas Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.

Pihak Iran dilaporkan membincangkan dengan mereka cadangan mengenakan bayaran terhadap kapal yang melalui Selat Bab el-Mandeb.

Perkembangan itu berlaku ketika harga minyak meningkat lima peratus susulan gelombang baharu pertempuran di seluruh Asia Barat. – AGENSI

The post Houthi timbang kenakan bayaran terhadap kapal dagang di Laut Merah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved