Houti serang loji minyak Arab Saudi

WorldBusiness & Finance
9 Aug 2026 • 4:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Houti serang loji minyak Arab Saudi

SANNA: Kumpulan  Houthi yang disokong Iran di Yemen pada Ahad mendakwa mereka menyerang sebuah kemudahan minyak di pantai Laut Merah Arab Saudi, selepas kerajaan itu memaklumkan bahawa kebakaran di lokasi berkenaan telah berjaya dipadamkan.

Jurucakap tentera kumpulan itu, Yahya Saree berkata, Houthi, telah berjaya menyasarkan kilang penapisan Aramco di Jizan menggunakan dron dan serangan itu tepat.

Beliau menambah serangan berkenaan dilancarkan sebagai tindak balas terhadap pencerobohan dron Arab Saudi ke barat laut Yemen.

Aramco ialah syarikat minyak milik kerajaan Arab Saudi.

Gencatan senjata pada 2022 dalam perang saudara Yemen, yang disertai Arab Saudi lebih sedekad lalu di pihak kerajaan yang diiktiraf masyarakat antarabangsa, dilihat runtuh bulan lalu. Ia runtuh apabila Houthi mengumumkan sekatan maritim terhadap negara jirannya di utara itu dan menyerang kapal tangki Arab Saudi di Laut Merah.

Houthi menguasai kawasan yang luas di Yemen, termasuk ibu negara Sanaa dan kawasan di sempadan dengan wilayah-wilayah Arab Saudi di pesisir Laut Merah.

Ancaman Yemen terhadap perkapalan dan kemudahan minyak Arab Saudi berlaku serentak dengan sekatan Iran di Selat Hormuz.

Ia kini menjadi titik ketegangan utama antara Teheran dan Washington ketika usaha dilakukan untuk menamatkan perang di Asia Barat yang bermula selepas serangan AS dan Israel pada Februari.

Sebelum itu, Kementerian Tenaga Arab Saudi berkata, pasukan tindak balas kecemasan telah berjaya mengawal kebakaran di kilang penapisan Jizan. Namun. ia tidak menyatakan punca kebakaran.

Kemudahan itu turut menjadi sasaran pemberontak Houthi pada Julai.

“Pasukan pemadam kebakaran keselamatan perindustrian Saudi Aramco berjaya memadamkan kebakaran yang berlaku pada awal pagi ini, Ahad, di salah satu kemudahan milik kilang penapisan Saudi Aramco di Jizan, tanpa sebarang kecederaan,” kata kementerian itu. – AFP

 

The post Houti serang loji minyak Arab Saudi appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved