Howe mula buat 'kerja rumah'

Football
30 May 2023 • 1:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Howe - Foto Agensi

PENDATANG baharu Liga Juara-Juara, Newcastle membuat persiapan awal apabila akan mengintai pemain di seluruh dunia untuk memantapkan pasukan bagi mengharungi saingan yang mencabar pada musim depan.

Musim pertama dalam tempoh 20 tahun bertarung dalam kancah liga elit Eropah memaksa Eddie Howe untuk bekerja lebih keras membentuk pasukan yang hebat.

Menurut Howe, satu perbincangan telah diadakan antara pengurus dan pegawai kelab mengenai persiapan menghadapi jendela perpindahan tidak lama lagi.

“Kami telah mengadakan perbincangan (Sabtu lalu),” katanya.

Kecederaan menyebabkan Newcastle kurang berkesan pada musim ini walaupun mengakhiri saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga keempat - tertinggi sejak 2003.

Howe merasakan skuadnya tidak mempunyai ramai pemain berkualiti tinggi untuk memenangi perlawanan apabila terikat 1-1 dengan Chelsea Ahad lalu - aksi penutup tirai musim penuh EPL.

“Ia sesuatu yang sukar kerana kami akan menghadapi banyak pertandingan musim depan, jadi kami memerlukan skuad yang sentiasa bersedia memberikan yang terbaik.

“Tahun ini tidak terlalu banyak aksi, sudah tentu penambahan pemain bagi memperkuatkan pasukan sesuatu yang amat diperlukan pada musim depan.

“Jelas sekali kami belum berada di tahap yang terbaik. Anda boleh lihat itu (menentang Chelsea), kami juga berdepan dengan masalah kecederaan,” ujar Howe.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved