HP Lancarkan Copilot+ PC Di Dalam Sebuah Papan Kekunci

TechnologyDigital
6 Jan 2026 • 4:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

HP EliteBoard G1a Next Gen AI PC dilancarkan hari ini dengan ia mungkin kelihatan seperti sebuah papan kekunci pejabat biasa tetapi sebenarnya adalah sebuah Copilot+ PC yang lengkap. Papan kekunci ini dilengkapi cip AMD Ryzen AI 300 Series dengan NPU 50 TOPS membolehkan ia menjalankan pelbagai ciri AI Windows 11 terus daripada peranti. Memori adalah sehingga 64GB dan storan sehingga 2TB SSD.

image is not available

Ia juga hanya setebal 12mm dan hanya sebesar 750 gram. Terdapat dua mikrofon serta sepasang speaker terbina sementara di bahagian belakang terdapat lubang penyejukan serta dua port USB-C. Sambungan kepada monitor dan aksesori hanya dilakukan menerusi dua port USB-C ini.

image is not available

Terdapat pilihan menambah pengimbas cap cari untuk sistem biometri atau bateri 32W membolehkan ia beroperasi tanpa kabel kuasa untuk seketika. Papan kekuncinya juga mempunyai kalis percikan air. HP EliteBoard G1a Next Gen AI PC akan mula dijual bermula Mac tetapi harga belum diumumkan.