HPPK 2025 – Hari Penjaja & Peniaga Kecil (31 Okt – 2 Nov)

LocalBusiness & Finance
31 Oct 2025 • 2:29 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Bagi rakyat Malaysia khususnya Negeri Pahang, anda dialu-alukan untuk menghadiri Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) 2025.

Berikut adalah info lanjut mengenai penganjuran program ini.

image is not available

Mengenai HPPK 2025

HPPK merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Program ini diadakan sebagai simbolik tanda penghargaan dan pengiktirafan daripada kerajaan kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil atas sumbangan mereka terhadap pembangunan dan kestabilan ekonomi negara.

Penganjuran program ini juga sebagai platform penting bagi menghargai jasa dan ketabahan golongan penjaja serta peniaga kecil yang menjadi nadi ekonomi rakyat.

Selain itu, ia mampu meraikan semangat keusahawanan mikro serta memperkukuh jaringan ekonomi tempatan yang berteraskan konsep Ekonomi MADANI.

Pada tahun lalu, HPPK yang diadakan di Butterworth, Pulau Pinang, mencatat sejarah dengan 44,000 pengunjung dan nilai jualan melebihi RM520,000, selain potensi pembiayaan mencapai RM3.26 juta.

Tema HPPK 2025

Tema yang dipilih pata tahun ini ialah ‘Memacu Ekonomi MADANI: Memperkasa Usahawan Mikro’.

Tema ini selari dengan matlamat kerajaan untuk memperkasakan komuniti penjaja dan peniaga kecil yang menjadi sebahagian daripada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang menjadi tulang belakang ekonomi negara.

Tarikh & Lokasi HPPK 2025 – Hari Penjaja & Peniaga Kecil

Program ini akan diadakan pada 31 Oktober hingga 2 November 2025 yang akan berlangsung di Lurah Semantan, Temerloh, Pahang.

Jadual Pengisian

Kemuncak program ini adalah majlis perasmian yang akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia pada 2 November 2025.

Antara pengisian utama program ini adalah seperti berikut:

  • Jualan Rahmah MADANI
  • Jualan SDSI
  • Anekarasa MADANI
  • Forum Perdana ‘Dari Tapak Ke Puncak: Melestari Tradisi, Memacu Inovasi’
  • Seminar AI bersama Penjaja dan Peniaga Kecil (INSKEN)
  • Fun Run HPPK (UDA & AIM)
  • Poket Talk
  • Zumba
  • Pertandingan rakyat
  • Pertandingan Bola Sepak Persahabatan bersama komuniti tempatan
  • Konsert
  • Cabutan bertuah
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available

Kupon RM10

Sebanyak 158 usahawan akan mengambil bahagian tahun ini menerusi SDSI yang turut merangkumi peniaga trak makanan.

Bagi mereka yang hadir, merka berpeluang mendapatkan kupon pembelian RM10 yang boleh digunakan untuk membeli barangan sepanjang penganjuran program tersebut.

image is not available

Soalan Lazim HPPK 2025 – Hari Penjaja & Peniaga Kecil (31 Okt – 2 Nov)

Agensi manakah yang menganjurkan program ini?

Penganjuran program ini dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Bilakah pengajuran program ini akan berlangsung?

Program ini akan berlangsung pada 31 Oktober hingga 2 November 2025 di Lurah Semantan, Temerloh, Pahang.

Bilakah acara perasmian program ini akan diadakan?

Majlis perasmian akan diadakan pada 2 November 2025 yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim.

Apakah antara pengisian sepanjang program ini berlangsung,

Antara pengisian sepanjang program ini adalah Forum Perdana, Jualan Rahmah MADANI, Jualan SDSI dan Anekarasa MADANI, sesi Poket Talk, cabutan bertuah, Zumba, pertandingan rakyat dan lain-lain lagi.

Maklumat Lanjut HPPK 2025 – Hari Penjaja & Peniaga Kecil (31 Okt – 2 Nov)

Maklumat lanjut mengenai HPPNK 2025, sila layari laman web https://www.kuskop.gov.my/.

Baca juga: Senarai Tokoh Muslim Berpengaruh Di Dunia 2026