Sudah lebih sebulan wabak Covid-19 melumpuhkan China sehingga angka korban melebihi 1000 orang. Bagi mengekang penyebaran virus SARS-CoV-2, kerajaan China menguatkuasakan perintah berkurung di beberapa daerah sehingga mengakibatkan penduduk terpaksa duduk di rumah sepanjang hari. Menurut laporan Digitimes, ini mengakibatkan jualan tablet meningkat di China.

Harga jualan dijangka akan terus meningkat dalam masa terdekat kerana kilang-kilang yang menghasilkan tablet masih belum beroperasi pada kapasiti penuh. Kilang Foxconn misalnya dilaporkan masih beroperasi pada tahap 30% kapasiti berbanding sebelum penularan wabak.
