Budak perempuan maut terperangkap dalam kebakaran

9 Jan 2020 • 6:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas terperangkap dalam kebakaran di rumah keluarganya di Lorong Nipah 10, Taman Lip Sin, Bayan Baru di sini hari ini.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.20 petang dan bergegas ke tempat kejadian.

image is not available
Kanak-kanak tersebut maut selepas terperangkap dalam kebakaran di rumah keluarganya.

Menurutnya, kebakaran berlaku di tingkat atas rumah tersebut dengan anggaran peratusan kemusnahan hampir 60 peratus.

"Kebakaran dapat dikawal pada jam 4.50 petang. Kerja-kerja penyelamatan dan pemadaman sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

BERITA MENYUSUL


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved